"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Rumahku Syurgaku

Minggu lepas balik kampung Sentosa, Maran Pahang. Lihat persekitaran rumah penuh dgn flora yang subur. Sangat mendamaikan perasaan apabila dikelilingi kehijauan dan warna warni semulajadi bunga-bungaan yang indah mekar menghiasi rumah di kampung.

Sekali pandang orang pasti dapat meneka bahawa pemilik laman ini sangat gemarkan flora dan bercucuk tanam. Apa taknya, dengan pokok bunga yang semuanya sedang berbunga. pokok buah yang mula menghasilkan buah-buahnya, belimbing, jambu madu, delima, limau, mangga, durian belanda, tebu, betik, naga, semuanya dah mula berhasil. Tu belum kira ceri yang merimbun. Basic untuk masakan pun banyak ditanam. Pandan, halia, kunyit, kantan, limau kasturi, kari, selasih, lengkuas, serai, pisang, terung, cili, dan banyak lagi yang aku tak tau namanya. Jom tengok bunga2 yang sgt cantik ini.

Tapi gambar tak byk snap sbb sibuk dgn Muhammad Fakhruddin yang jarang2 dapat lepas di laman luas. Bukan main seronok lagi balik kg sebab dapat keluar masuk rumah dengan bebasnya. Kejap2 dah hilang ikut Wan nya menyiram di laman tanpa kasut. Kejap2 dah kutip batu2, daun2 masuk mulut. Kadang2 berhenti terpegun dengan beburung yang terbang rendah. Geram dengan pepatung yang mengelilinginya. Pendek kata Muhammad Fakhruddin lebih belajar mengenali alam dengan lebih dekat di kampung dengan suasana yang permai dan udara yang segar.
Wah..lama betul nakl upload gambar2 ni sume. ok..stop dtkt ni dulu..nnti len kali Ina sambung lagi yer.

~ 1st Cemmomile Craft Giveaway ~

~ Pemenang Utama ~
Akan memenangi sebiji bantal Flannel+Felt+Kekabu  bersaiz 18” x  28”. Memang besar. Anda diberikan hak untuk membuat pilihan warna & designnya dan saya akan cuba merealisasikannya sebaik mungkin.

~ Cabutan bertuah (untuk 02 orang pemenang) ~
Akan menerima 01 unit Car Hanging & 01 unit Keychain. Anda juga diberikan hak untuk membuat design sendiri  dan saya akan cuba merealisasikannya sebaik mungkin.


Syarat2nya pulak.


** Mestilah Warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia.


Untuk cabutan bertuah – Anda cume perlu follow dan like sahaja di blog Cemmomile Craft ni. Mesti buat kedua2nya sekali. Jika salah satu tidak akan dikira.


Untuk Pemenang Utama, perlu buat 04 perkara berikut.
a) Follow dan like.
b) Link kan blog Cemmomile Craft di blog list anda.
c) Buat 1 entry berkenaan GA ni, Tajuk entri “1st Cemmomile Craft Giveaway”. Ceritakan sikit pasal GA ni di entry anda. Letakkan sekali gambar di atas dan link entry ni.
d) Maklumkan penyertaan anda diruangan komen beserta link entry anda pasal GA ni.


Bonus untuk kedua2 kategori sekiranya...


### anda tag 03 orang rakan blogger dan mereka maklum mengenai giveaway ni.


Tarikh Tutup Penyertaan : 18 Julai 2011.