"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Drama RTM TV 2 - Makbul (Doa Senjata Mukmin)

Aku suka nonton citer ni. Suami pun suka. Fakhruddin pun suka..nak plak tang lagu Amin...Amin...Amin...Siap goyang2 badan macam beratib jer..


Citer ni banyak menyedarkan kita tentang kebaikan doa, kepentingan doa, adab, hubungan sesama mukmin, pendek kata memang segala sudut ada pengajaran untuk kehidupan kita seharian.
Memang aku tak agak-agak nak bagi full marks. Selain skrip dan lokasi yang menarik. Pelakon2nya pun hebat2. Macam tak berlakon jer. Setiap watak tu macam real jer...dan muka pun memang muka macam orang kampung biasa2 jer. Aku yang memang orang kampung ni rase citer ni dekat jer kat hati. Habis aku promo member opis suh tengok.


Bukan pe..citer ni banyak pengajaran dan sesuai utk ditonton seisi kluarga..daripada nonton citer2 tahyul, citer hiburan nyanyi2, joget2 yang hanya beri kepuasan jiwa dunia sementara nih...chewah, sekali sekala kita penuhkan tuntunan rohani kita untuk hiburan2 yang macam ni.
Drama macam ni, kalo 200 episod pun takper...ada gak pengisiannya. kalo drama indon 300 episod tu..scene terkejut jeng jeng jeng  jer dah makan 100 episod. hahahaha


Tahniah kepada Penerbit, Pengarah, Pelakon2 dan semua yang menjayakan drama ni juga RTM yang menyiarkannya.Lagu tema pun terbaik...


p/s - suka watak Bol.

Muhammad Fakhruddin bin Faezal

Hari ni Muhammad Fakhruddin bin Faezal
yang aku lahirkan satu ketika dulu dah 1 tahun 5 hari.
macam-macam kerenah yang buat aku geram nak peluk n cium bertalu-talu.
sekarang Fakhruddin dah pandai berjalan,
fakhruddin dah tumbuh gigi bawah kat tengah-tengah sebatang
fakhruddin pandai memberontak dan menjerit marah
fakhruddin dah pandai angkat tangan
fakhruddin dah pandai angkat tangan mcm usop welcha
fakhruddin dah pandai menari kalo dengar muzik
fakhruddin dah pandai beratib kalo dengar mengaji atau selawat
fakhruddin beri response suka pada lagu2 maher zain dan lagu 1 Malaysia
fakhruddin dah pandai macam-macam...

fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo buka peti ais
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo nak pasang dvd
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo bentang tilam
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo sebut "..kejar dia.."
fakhruddin akan lentok-lentok kepala kalo sebut "..manje sikit.."
fakhruddin akan diam dan tunggu dipeluk sambil senyum manja kalo sebut "..saaayang dia.." sambil depangkan tangan untuk peluk.

Melembutkan Hati Suami Yang Panas Baran

Surah Thaha, ayat 1-5


Ada isteri yang menghadapi masalah suami panas baran/keras hati.
Amalkan baca Surah Thaha, ayat 1-5. Baca sambil gosok2 belakang suami.
IngsyaAllah hati suami akan lembut dan tidak panas baran.
Boleh juga ditiupkan di air atau makanan supaya anak tidak keras hati atau degil.
Kita berusaha, Allah yang menentukan.