"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Hadiah dari Syie Mazlan

Entah kenapa untuk hadiah yang ini sampai termimpi. Hehehe.
Alhamdulillah akhirnya rezeki untuk Ina ada dengan noise pack ni.
GA anjuran Syie Mazlan.
Entry kemenangan di sini.
Terima kasih pihak penganjur. Bila selalu sangat posmen hantar hadiah GA atau sampel percuma, Suami plak tanya, takde hadiah atau barang untuk lelaki ke? hehehe 
IngsyaAllah kalau ada rezeki nanti adalah, bukan tak join GA yang tawarkan hadiah untuk kegunaan lelaki, tapi masih belum ada rezeki lagi.

No comments: