"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Pemenang Giveaway by :: KyLeLiNa ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebelum Ina nak umumkan pemenang, Ina nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi ambil bahagian dalam giveaway Ina yang tak seberapa ni. Sokongan anda semua amatlah Ina hargai.

Sebelum tu juga Ina nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang beragama islam dan semoga kita dapat beribadah sebaik mungkin di bulan yang penuh rahmat ini.

Ok, berikut ialah nombor semua peserta mengikut senarai peserta.
24 orang kesemuanya.
Dan Ina minta tolong kawan opis tolong cabutkan 03 nombor bertuah.
|
|
|
|
Ketiga-tiga mereka akan menerima hadiah seperti di dalam banner dan Keycase.

Dan..Ina tambah lagi 04 peserta bertuah yang akan menerima keychain nama seperti di bawah.

Mereka ialah :-
|
|
|
|
**Sila emailkan nama anda/anak/pasangan/sesiapa sahaja yang nak diletakkan di keychain.
 
Tahniah kepada semua pemenang.
Ina rasa macam nak bagi semua orang sebab bukan ramai pun kan.
Tapi apakan daya, bimbang nanti berjanji tapi takdapat tunaikan.

Kepada semua pemenang, Sila emailkan nama, alamat, dan no HP untuk penghantaran
ke cemmomile@yahoo.com.my
04 orang pemenang tambahan perlu juga sertakan nama pilihan anda.

Semoga ada rezeki Ina lagi untuk anjurkan giveaway lagi..lagi..dan lagi.
Terima kasih.

3 comments:

izan mama mia said...

Alhamdulillah..rezeki,..esok nak puasa...tq ina,...say htr email yer..

rafflesia said...

alhamdulillah rezeki.. syieda dah emailkan detail pada kak.. :) terima kasih, moga dimurahkn rezeki kak.. amin...

tahniah juga pada yg menang.. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Alhamdulilah,rezeki di no 5!!.Terima kasih ya & dah htr detail...