"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Mari Bantu Wanita Ini

Salam semua kawan-kawan. Ina tergerak hati untuk hebahkan pasal ini sebab sangat simpati pada wanita ini.
Namanya Alia Haryanie, dari Kg Jucil Kubang Kerian mendapat sakit saraf/tulang yang menyebabkan kakinya tidak dapat berfungsi selayaknya. Dek kerana penyakitnya, dia ditinggalkan suaminya. Alia sering ditahan diwad dan hanya ditemani oleh anak kecilnya yang membantu menolak kerusi rodanya ke sana sini.

Tiada pendapatan. Ina sangat hiba bila tengok Aiman anaknya yang berumur 5 tahun makan bubur hospital dan mengadu lapar sedangkan ibunya tak punya duit yang cukup untuk belikan makanan. Semakin dekat Ramadhan ni Ina lebih simpati pada nasib wanita ini dan anak-anaknya. Jika ada kengkawan yang ada niat untuk membantu boleh call HP numbernya seperti yang tertera di blog beliau.017- 6188691.

 ~Berkongsi katil~
 ~Semoga Ibu dan anak ini cekal~
~Bubur Hospital~

Puan Alia tinggal bersama ibunya yang juga sudah tua dan uzur. Ina baru telifon Puan Alia dan suaranya sangat lemah. Kebanyakkan gambar-gambar di hospital dari bantuan orang-orang yang bermurah hati menolong Puan Alia. Puan Alia sangat perlukan bantuan kita semua dari bentuk kewangan untuk sara hidup tambahan pula sekarang Puan Alia harus memakai lampin dewasa sebab agak payah untuk kerap bergerak ke tandas.
Bantuan boleh disalurkan ke akaun MAYBANK.

164034266923 Haryani Binti Mat Hussin.

017- 6188691
 
Kalau seorang boleh sumbangkan RM10 / RM20 / RM30 pun dah cukup banyak jika kita ramai-ramai menyumbang.
Semoga nasib Puan Alian dan anak-anak sedikit terbela dengan bantuan kita semua dan semoga Ramadhan mereka lebih sempurna dan ceria seperti kita menyambut Ramadan.


Note : Jika kita membantu meringankan beban orang lain, IngsyaAllah Allah swt akan ringankan beban kita. Panjangkanlah email ini untuk mendapatkan lebih banyak bantuan untuk Puan Alia sekeluarga.

1 comment:

Mrs.BuduBilis said...

semoga Allah tabahkan hati ibu muda ni :( sy tgk pn kesian..