"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Contest by Nora Danish

Contest sehingga 15 May 2012
Boleh klik banner untuk turut serta.

Saya meminati pelakon Nora Danish kerana selain dari keterampilan peribadi yang menarik seperti kecil comel, manja, cantik, lemah-lembut dan bersopan, Nora Danish juga memiliki sekeping hati yang kuat dan tabah dalam menghadapi hari-harinya bersama keluarga dan anak tersayang.