"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

'Projek Amal Blogger'

Mah@mahu mencari blogger2 yang sudi untuk turut serta dalam projek amal. Projek amal tersebut ialah hebahan untuk mana-mana acara/aktiviti yang dianjurkan oleh pihak/komuniti yang memerlukan penyertaan orang awam.

Tugasan ini tidak memberikan pulangan wang ringgit. Dah nama pun projek amal kan. Sesiapa yang turut berminat boleh lah klik gambar di atas untuk pergi terus ke website Mah@mahu.

No comments: