"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Contest : Cerita Seram

 Giveaway sehingga 07 April 2012

Dengan lafaz Bismillah.
Sebenarnya dalam hidup Ina banyak kali Ina alami cerita seram ni. Dan Ina ada seorang adik yang memang boleh nampak makhluk iblis dan jin ni. Ina pula bermula dari umur 12 tahun, bila mana abah ambil papan rumah mok (nenek) untuk dijadikan bilik Ina, Ina asik tidur ditindih dan dalam masa ditindih tu alami pelbagai suasana yang bukan alam nyata cuma tahap kesedaran waktu ditindih tu menjadikan Ina confuse samada Ina ni alam nyata atau di alam maianan syaitan.

Untuk pengetahuan, rumah mok waktu tu dah lama tinggal sebab mok dan che (toki) dah tua dan duduk dengan anak-anak. Rumah mok letaknya dalam kebun getah & durian yang jauhnya hampir 30 minit berjalan kaki sebab nak masuk ke rumah nenek cuma boleh dengan berjalan kaki/motor sahaja. Memandangkan rumah jauh terletak di dalam kebun getah & durian, memang ada juga penduduk dikalangan makhluk lain di situ cuma nenek pesan, selagi kita tak ganggu mereka dan kita taat pada perintah Allah swt, tiada apa yang nak ditakutkan.

Cerita yang Ina nak kongsikan kali ni ialah kisah yang baru lagi terjadi. Baru-baru ni Ina telah dimasukkan ke wad kerana 'disyaki' demam denggi. Bilik memang tip top, besar, siap ada bilik air canggih, tv, aircond, kerusi rehat yang sampai 4 biji, dan pemandangan yang menghijau disebalik sliding door. Hospital ni tiada had lawatan, bila-bila masa 24 jam boleh datang melawat. 

Ina sorang, xder yang tunggu. Abang sayang kerja syif, jadinya Ina tak sampai hatilah nak mintak dia tunggu Ina dan sakit badan tidur atas kerusi memandangkan Ina 'ok'.

Kejadian untuk malam pertama, macam biasa Ina kena tindih. Oleh kerana dah terlalu biasa, dengan izin Allah semangat Ina masih 'ok'. Dan Ina boleh teruskan tidur dengan tv hanya ditutup pukul 05 pg.

Kejadian untuk malam kedua, Ina dah tak sedap hati dari awal. Petang tu Ina tak sedar yang tangan Ina dah berdarah-darah sebab air yang dimasukkan ke tangan tu dah habis, bila air habis-darah kita pula yang disedut. Ina tekan loceng panggil misi then misi treat mcm biasa-ganti air baru. Masalahnya darah-darah yang ada kat lantai tu misi tak endahkan. Mungkin dia lupa.

Sudahnya bila Ina nak berulang alik ke tandas asik duk tengok darah-darah kat lantai tu jer. Dahler nak ke tandas payah sebab kena bawak ngan stand air tu skali. Ina pun susah nak lelap. Dengan badan dah start lemah sebab dah tak boleh makan-asik muntah-loya-tak solat-semua bercampur2. 
Dan bila Ina nak lelap jer Ina mula dengar nama Ina dipanggil. 
"...lina...." , "....liinaa.." betul2 kat tepi telinga kanan, tepi katil yang lantainya berdarah tu. 
Ina tersentap, tapi tak tau kenapa mata terus layu. Nak menoleh pun tak larat.

Tak tau selang berapa lama Ina terkejut sebab bunyi "..tok..tok..." sliding door Ina diketuk!. Sliding door tu memang bermangga dan bila malam misi dah tarikkan langsir. Sekali lagi Ina tak dapat pikir lama sebab mata terus layu. Esoknya bila Ina terjaga subuh, Ina terus turun katil. Pergi tandas dan duduk atas kerusi tunggu misi amik darah dan tunggu doktor. Sehingga pkul 10 pagi Ina tunggu doktor buat daily check. Bila doktor sampai jer terus Ina minta keluar. Doktor tak bagi tapi Ina merayu2, then dapat lah keluar dengan syarat kena datang hospital daily selama seminggu.

Dengan kejadian di atas, Ina bersyukur sebab setiap kali diganggu mata Ina terus tak boleh buka-dan Ina tak sempat rasa seram. Sebab Ina memang agak penakut, kalo Ina takut bimbang Ina ajak misi teman tidur dalam bilik pulak nanti. Tak ke haru nanti.

Hospital dirahsiakan - sebab lain orang lain pengalaman. Takut nanti ada plak yang takut masuk spital sebab citer2 camnih.

Itulah sedikit kisah benar yang agak seram yang Ina nak kongsikan.

Ina tag ET dan Angah

1 comment:

SYAF said...

thank sbb sudi join,,, :)..link entry anda akan syaf masukkan dalam update kontest...

dalam hospital memang ada gak benda2halus nie....syaf pun ada ceritanya..hihihi