"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Melangsaikan Hutang

H U T A N G !!!

Siapa takder hutang ankat tangan!!
Hutang belajar.
Hutang rumah.
Hutang kereta.
Hutang kawin.
Hutang solat.
Hutang puasa.
Hutang adik-beradik.
Hutang bini.
Segala macam bapak hutang.

Berapa byk hutang memasing. 10K? 20K?60K?99K?
Aku ada kawan yang ekonomi/tanggungan lebih kurang aku dan hutangnya sudah mencecah 99K.
Macam mana nak bina keluarga bahagia dengan hutang yang menimbun.

Ececeh..aku pun sama..hutang menimbun.
Yang berbayar potong gaji, yang tertungga bertahun2 tunggu masa dapat surat..
semua tu tak menjanjikan kehidupan yang bahagia.
Nak-nak plak bila teringat nak mati-dengan hutang menimbun-tu belum hitung hutang  dengan Allah swt lg..
adoi...

Buat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman yang ada rasanya bukanlah option yang baik.


Macam mana lah rasanya hidup tanpa hutang.
Mesti seronok kan tiap2 bulan dapat gaji penuh.

Aku cuba buat satu pengiraan untuk diri sendiri.
Katalah total hutang yang ada RM57K dan target nak langsaikan hutang dalam tempoh 02 tahun.
Jadi bahagikan ia.
RM57K / 24 bulan = RM 2,375 sebulan
RM2,375 / 30 hari = RM80 sehari
RM80 / 24 jam = RM3.33 sejam

Jadi setiap jam perlu dapatkan RM3.33 atau senang kira sehari perlu dapat RM80.
masalah utama sekarang ialah macam mana nak dapatkan pendapatan tambahan RM80 sehari.

kalau jual produk yang bernilai RM10, maknyanya sehari perlu jual 08 unit.
kalau produk RM5, sehari perlu jual 16 unit.

Pendapatan tambahan ini perlu dicari selain dari waktu kerja sedia ada (08 jam sehari).
Macam mana nak uruskan untuk dapatkan RM80 sehari ini.
Bisness produk/service online atau berniaga pasar malam/uptown.
Yang mana lebih mudah untuk dapatkan RM80 sehari.

2 comments:

et said...

uishhh...pening2...kalau dah org akaun tu memang tak leh pisah dengan nombor...walau dah berubah tempat

p/s:na jgn hitung hutang sgt, satgi demam lagi..hehehe

KyLeLina said...

Kak, hobi dah memang mengira..duk kira jer lah..huhuhuh