"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Contest & Contest & Contest

Sekarang aku tengah menyertai Peraduan Nescafe Rumah Idaman. Dah banyak tahun joint, tapi masih takder rezeki dgn nescafe nih. Sememangnya aku suka dengan produk nescafe + free giftnya. Hadiah Utamanya Sebuah rumah bernilai RM638, 888. Haa..sape taknak angkat tangan. Sure takder sape yang taknak. Aku memang naklah sangat2.

Nak joint jugak?? Borang Peraduan. atau terus ke Peraduan Nescafe.
Isi borang peraduan tersebut dengan lengkap beserta syarat2nya.

Dan mase operasi mengoogle mencari peraduan, terjumpa plak blog lubuk segala peraduan. Terus masuk bloglist. Lepas ni if nak mencarik peraduan, tak perlu susah mengoogle sebab kat blog ni dah sentiasa update. Bley lah jadikan blog ni satu sumber info selain pi pusing2 pasaraya cari peraduan. So sape yang kaki peraduan mcm aku bley terjah di sini yer.. Malaysia's Online Contest Portal.

No comments: