"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Muhammad Fakhruddin bin Faezal

Hari ni Muhammad Fakhruddin bin Faezal
yang aku lahirkan satu ketika dulu dah 1 tahun 5 hari.
macam-macam kerenah yang buat aku geram nak peluk n cium bertalu-talu.
sekarang Fakhruddin dah pandai berjalan,
fakhruddin dah tumbuh gigi bawah kat tengah-tengah sebatang
fakhruddin pandai memberontak dan menjerit marah
fakhruddin dah pandai angkat tangan
fakhruddin dah pandai angkat tangan mcm usop welcha
fakhruddin dah pandai menari kalo dengar muzik
fakhruddin dah pandai beratib kalo dengar mengaji atau selawat
fakhruddin beri response suka pada lagu2 maher zain dan lagu 1 Malaysia
fakhruddin dah pandai macam-macam...

fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo buka peti ais
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo nak pasang dvd
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo bentang tilam
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo sebut "..kejar dia.."
fakhruddin akan lentok-lentok kepala kalo sebut "..manje sikit.."
fakhruddin akan diam dan tunggu dipeluk sambil senyum manja kalo sebut "..saaayang dia.." sambil depangkan tangan untuk peluk.

No comments: