"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY

GA yang ke-dua kalinya dari PeONy PiNky. 
Tapi kali ini lebih menarik kerana hadiah2nya telah disponsor oleh mereka2 yang bermurah hati berikut :-


Dan yang bestnya peluang utk menang lebih besar kerana hadiah adalah untuk 10 orang pemenang.

Ok Jom tengok syarat-syaratnya.
1. Mesti follow mereka yang bermurah hati sponsor hadiah seperti di atas.
2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY "
3. Letak banner GA di entry dan sidebar.
4. Tag 2 orang rakan anda dan pastikan mereka maklum.
5. Komen dan letak link entry.
ok saya tag
et
kak wani
GA ini terbuka sehingga 20 JULAI 2011 jam 12 tengah malam.
Masih ada masa untuk join GA ni. Klik banner untuk join.

Diari Comel Saya First Give Away



Mari Join GA dari Myra Amira.


Syarat yang sgt mudah.
1. Copy and paste je gambar kat atas ni and buat satu entri pasal give away ni..
2. Tag atau tak terpulang pd individ.
3.  Tinggalkan link korang kat ruang komen asal GA ni.

Tarikh tutup pada 24 Julai 2011
Kalau nak join just klik pada banner di atas.

1st Giveaway by Cempaka Kuning


Cempaka Kuning telah bermurah hati untuk memberikan hadiah-hadiah menarik melalui 1st Giveaway by Cempaka Kuning kepada follower2nya.
Hadiah yang ditawarkan sangat menarik, semoga aku ada rezeki dengannya.=)

Syarat penyertaan sangat mudah.

1) Jadi follower blog Cempaka Kuning

2) - Buat 1 entry yang bertajuk: "1st Giveaway by Cempaka Kuning" 
    -  letak BANNER di atas di entry dan sidebar blog korang. 
    -  Jangan lupa backlink kan balik ke blog cempaka Kuning.

3)  Tag 2 orang rakan member dan pastikan mereka tau.

4)  Pemenang akan ditentukan berdasarkan cabutan bertuah.

5) Komen dan tinggalkan link entry..

Tarikh tutup penyertaan pada 17 Julai 2011.
Mudah kan...semoga aku yang bertuah. 
Boleh klik banner utk join sama.

aku nak tag...
kak yati
shahirah

Kalau Saya dapat RM300

Kalau saya dapat RM300 dari dermawan seperti Safra Shukri tuan punya blog I Need To Blog MySelf, saya akan gunakannya untuk perkara2 berikut:-

1. Saya nak celebrate meriah sikit untuk Ulangtahun Perkahwinan Saya yang Ke-2 pada 18hb Julai ni. Tahun lepas cuma beli coklat n makan together2. Semoga tahun ni boleh lebih meriah dengan budget agak besar sebab dah bertiga.

2. Nak guna untuk persiapan raya terutamanya untuk Muhammad Fakhruddin yang sudah mencecah umur 1 thn 04 bln pada Aidilfitri yang akan menjelma Ogos nanti.
3. Nak hantar kereta ke bengkel. Kereta asik meragam tambah risau nak balik kg Nilai-Phg-Tganu-Phg-Nilai. 

Actually nak buat macam2 lagi, tapi kang tak logik plak. Nanti mesti tuan GA pk pe sengkek sangat kylelina ni..hehehe =) hambe termasuk golongan Miskin Bandar..(istilah yg diberikan untuk yang pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah)..

Saya Tag :-

"Murah hati Superwoman yang comel lote ni, Total hadiah RM600 tuh..Ingat senang ke individu biasa nak bagi hadiah gitu2 jer kan.. Kalo saya tak menang pun saya tetap akan doakan Puan Safra ni sihat dan murah rezeki selalu sebab nanti2 boleh buat contest lagi kan..."

Ok..kepada sape2 yang mahukan hadiah wang tunai dari Puan safra, bolehlah klik banner dibawah untuk sertai contest ini.
  
Syarat-syaratnya pun mudah saja.
  1. Follow blog ini dan like fanpage INTBM
  2. Buat satu entri di blog anda bertajuk "Kalau Saya dapat RM300"
  3. Masukkan sekali banner contest dan link kan terus ke GA asal.
  4. Tag 1-3 orang dan encourage dorang utk join sama. 
  5. Submit  link di ruangan komen.
Tarikh Tutup pada 15 Julai 2011.
Boleh klik pada banner untuk turut serta.

Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY

Tadi baru jumpe blog ni. Blog Rakan 1Klik. Blog ni menampilkan pelbagai artikel yang ditulis oleh penulis-penulis diJabatan Penerangan Malaysia. Artikel-artikel di blog Rakan 1Klik ni dapat memberi inspirasi dan menyajikan mesej yang berguna dan bermaklumat untuk kita semua.
 Blog Rakan 1Klik ni dah pernah buat GA sebelum ni dan menerima sambutan yang amat menggalkkan. 
Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY ni menawarkan hadiah yang sangat menarik seperti berikut. 
Hadiah Pertama: Kamera Digital Samsung ES80 with 4GB memory card.
KEDUA:  Hard disk 200 GB
KETIGA: Hard disk 100 GB
10 hadiah saguhati
Menarikkan hadiah2nya. Harap2 bleylah menang.

Hadiah Sumbangan dari YBhg. Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia, Pengarah dan Timbalan Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara.

Syarat penyertaan.
1) Jadi follower blog Rakan 1Klik
2) Masukkan link blog Rakan 1Klik ke dalam bloglink anda.
3) Masukkan badge Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY di bahagian sidebar blog anda.
3) Sumbangkan mesej atau pandangan MEMBINA & BERNAS di mana-mana entry Kegemaran anda. 
4) Komen yang BANYAK & TERBAIK akan disenarai pendekkan sebagai pemenang.
Tempoh peraduan ialah 01 Jun - 29 Julai 2011. 

Klik sini untuk turut serta.

GIVEAWAY : SOME GOODIES FROM DISNEY JUNIOR

GA dari Ling In The House. Tuan rumah bermurah hati untuk memberikan hadiah2 yang sangat comel kpd peserta2. 
Hadiah-hadiahnya...
-A  Minnie Plush toy
-A Disney Junior Note Book
-A  Jake Sling Bag
-A height chart
- Stickers
- A Mug

 
Syarat2nya pun sangat mudah.
1. Mesti follow Ling In The House.
2. Buat Entry pasal GA ni
3. Komen kat entry GA ni di blog Ling.

 
Tarikh tamat penyertaan ialah 10hb Julai 2011.
Masih ada 04 hari lagi untuk join reramai.
Klik Sini untuk Join sama.

'3rd GIVEAWAY DILAZFAMILY 2011'

Join GA yang dianjurkan oleh Dilaz, dari Melaka.
GA ni bersempena Anniversary Blog Dilaz Family dan Anniversary Wedding Dilaz ke-4.
 Syarat-syaratnya pun mudah saja.

 i) Terbuka kepada semua blogger yang ada alamat di Malaysia tak kira peringkat umur
ii) Lebih diutamakan kepada follower dan pembaca DILAZ FAMILY
(http://dilazfamily.blogspot.com)
iii) Buat satu entry bertajuk '3rd GIVEAWAY DILAZFAMILY 2011' lekat banner di atas di dalam entry dan sidebar blog anda.
iv) Masukkan Blog DILAZ FAMILY CONTEST DAN GA   sebagai bloglist anda.v) Tinggalkan link entry.
vi) GIVEAWAY ini tamat pada 09.07.2011 (JAM 3 PETANG).
 Jomler ramai-ramai pakat join ini Giveaway. 
Klik sini untuk join.

Strawberry Giveaway by DAS

Giveaway pertama dari DAS. Seperti gambar berikut hadiah untuk GA ni telah disponsor oleh 8 crafter seperti berikut :-
  1. Dewi’s Artwork Station: http://dewisartworkstation.blogspot.com/
  2. Shizyntoz: http://www.shizyntoz-art.blogspot.com/
  3. Salmiah saari: http://sweetmaniscraft.blogspot.com/
  4. Kami craft: http://kamiscraft.blogspot.com/
  5. Cass Latte Raey: FuzziesULov3 (FB) https://www.facebook.com/pages/FuzziesULov3/132905893446470
  6. bizdecottage: http://www.facebook.com/bizdecottageshoppe
  7. Beii: http://www.lvbeii.com/
  8. Amira: FB https://www.facebook.com/profile.php?id=100000273360091 
GA ni bermula dari 01hb Julai 2011 sehingga 10hb Julai 2011. Masih sempat lagi untuk anda semua turut serta.

Syarat2nya pun tak susah pun. Ada 02 option Blog & FB. 

1. Senaraikan link 08 crafter yang bermurah hati sponsor hadiah. 

2. Buat perkara berikut untuk tambah peluang menang:-

Contest & Contest & Contest

Sekarang aku tengah menyertai Peraduan Nescafe Rumah Idaman. Dah banyak tahun joint, tapi masih takder rezeki dgn nescafe nih. Sememangnya aku suka dengan produk nescafe + free giftnya. Hadiah Utamanya Sebuah rumah bernilai RM638, 888. Haa..sape taknak angkat tangan. Sure takder sape yang taknak. Aku memang naklah sangat2.

Nak joint jugak?? Borang Peraduan. atau terus ke Peraduan Nescafe.
Isi borang peraduan tersebut dengan lengkap beserta syarat2nya.

Dan mase operasi mengoogle mencari peraduan, terjumpa plak blog lubuk segala peraduan. Terus masuk bloglist. Lepas ni if nak mencarik peraduan, tak perlu susah mengoogle sebab kat blog ni dah sentiasa update. Bley lah jadikan blog ni satu sumber info selain pi pusing2 pasaraya cari peraduan. So sape yang kaki peraduan mcm aku bley terjah di sini yer.. Malaysia's Online Contest Portal.

Rumahku Syurgaku

Minggu lepas balik kampung Sentosa, Maran Pahang. Lihat persekitaran rumah penuh dgn flora yang subur. Sangat mendamaikan perasaan apabila dikelilingi kehijauan dan warna warni semulajadi bunga-bungaan yang indah mekar menghiasi rumah di kampung.

Sekali pandang orang pasti dapat meneka bahawa pemilik laman ini sangat gemarkan flora dan bercucuk tanam. Apa taknya, dengan pokok bunga yang semuanya sedang berbunga. pokok buah yang mula menghasilkan buah-buahnya, belimbing, jambu madu, delima, limau, mangga, durian belanda, tebu, betik, naga, semuanya dah mula berhasil. Tu belum kira ceri yang merimbun. Basic untuk masakan pun banyak ditanam. Pandan, halia, kunyit, kantan, limau kasturi, kari, selasih, lengkuas, serai, pisang, terung, cili, dan banyak lagi yang aku tak tau namanya. Jom tengok bunga2 yang sgt cantik ini.

Tapi gambar tak byk snap sbb sibuk dgn Muhammad Fakhruddin yang jarang2 dapat lepas di laman luas. Bukan main seronok lagi balik kg sebab dapat keluar masuk rumah dengan bebasnya. Kejap2 dah hilang ikut Wan nya menyiram di laman tanpa kasut. Kejap2 dah kutip batu2, daun2 masuk mulut. Kadang2 berhenti terpegun dengan beburung yang terbang rendah. Geram dengan pepatung yang mengelilinginya. Pendek kata Muhammad Fakhruddin lebih belajar mengenali alam dengan lebih dekat di kampung dengan suasana yang permai dan udara yang segar.
Wah..lama betul nakl upload gambar2 ni sume. ok..stop dtkt ni dulu..nnti len kali Ina sambung lagi yer.

~ 1st Cemmomile Craft Giveaway ~

~ Pemenang Utama ~
Akan memenangi sebiji bantal Flannel+Felt+Kekabu  bersaiz 18” x  28”. Memang besar. Anda diberikan hak untuk membuat pilihan warna & designnya dan saya akan cuba merealisasikannya sebaik mungkin.

~ Cabutan bertuah (untuk 02 orang pemenang) ~
Akan menerima 01 unit Car Hanging & 01 unit Keychain. Anda juga diberikan hak untuk membuat design sendiri  dan saya akan cuba merealisasikannya sebaik mungkin.


Syarat2nya pulak.


** Mestilah Warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia.


Untuk cabutan bertuah – Anda cume perlu follow dan like sahaja di blog Cemmomile Craft ni. Mesti buat kedua2nya sekali. Jika salah satu tidak akan dikira.


Untuk Pemenang Utama, perlu buat 04 perkara berikut.
a) Follow dan like.
b) Link kan blog Cemmomile Craft di blog list anda.
c) Buat 1 entry berkenaan GA ni, Tajuk entri “1st Cemmomile Craft Giveaway”. Ceritakan sikit pasal GA ni di entry anda. Letakkan sekali gambar di atas dan link entry ni.
d) Maklumkan penyertaan anda diruangan komen beserta link entry anda pasal GA ni.


Bonus untuk kedua2 kategori sekiranya...


### anda tag 03 orang rakan blogger dan mereka maklum mengenai giveaway ni.


Tarikh Tutup Penyertaan : 18 Julai 2011.

Suami Hanyalah Tetamu

Pagi ni ade artikel menarik masuk ke inbox yang aku nak kongsi2kan dengan kawan2 lain. Penulis asal - xtau siapa, mintak izin share yer.

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ/Selamat Sejahtera


Suami hanyalah tetamu

Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga berpunca daripada skap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami, sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh menjerat diri.'' Demikian cerita Marlisya dalam e-melnya.


''Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri sendiri.


''Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain pula.


''Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.
''Demikian juga halnya dengan anak-anak yang saya ibaratkan juga sebagai tetamu. Sewaktu kecil kita jaga, didik dan membesarkan mereka. Itu tanggungjawab kita, tetapi setelah berkahwin, mereka ada keluarga sendiri, akhirnya kita semakin jauh daripada hidup mereka, hanya sesekali mereka datang menjengok kita ibarat tetamu.




''Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Pernah 20 tahun dulu suami saya jatuh cinta dengan seorang janda dan bercadang untuk berkahwin. Janda itu kawan baik saya. Bila berita tersebut tersebar saya telefon ibu janda itu dan nasihatkan beliau supaya izinkan anaknya berkahwin.


''Ketika itu saya ada dua orang anak. Tetapi saya setitik air mata pun tak tumpah kerana peristiwa itu. Rasanya tak berbaloi saya nak menangis. Sambil menolong suami memasukkan pakaian dalam beg, saya kata padanya; ''Saya reda awak kahwin dengan wanita itu sekiranya dia lebih baik daripada saya. Mungkin juga Allah nak pertemukan saya dengan lelaki yang lebih baik daripada awak.'' Agaknya kata-kata saya pedas, akhirnya dia tak jadi kahwin, mungkin dia fikir jika saya dirceraikan dia takut saya berkahwin dengan lelaki lain yang mungkin lebih baik daripadanya. Dia jadi cemburu.

Kewangan


''Kini setelah 30 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak, kesimpulannya saya rasa tidak perlu mencintai suami 100 peratus, sebaliknya saya jadi isteri yang mementingkan diri sendiri. Saya berkira dalam soal kewangan walaupun 80 peratus perbelanjaan rumah, saya yang sumbang seperti duit pasar, termasuklah duit pengasuh anak ketika mereka kecil dan duit tuisyen setelah mereka besar. Saya reda, biarlah Allah beri keberkatan kepada saya.


''Nasihat saya isteri jangan bergantung 100 peratus pada suami, buat simpanan sendiri, jangan buka akaun bank simpanan bersama, jangan beritahu jumlah duit kita, jangan jadi penjamin kalau suami nak pinjam bank. Kerana kalau ada simpanan sendiri anda tak takut jika suami buat hal, kerana kita pun boleh letak jawatan jadi isteri dengan hati tenang.

''Nasihat emak penuh berkias kepada saya ketika berkahwin dulu, katanya; ''kalau sayang sangat suami jangan tidur dalam perut suami.'' Puas saya fikir apa maksut emak rupanya emak pesan jangan terlalu percayakan suami walaupun kita sayang dia.

''Ayah pulak ketika saya kahwin dia hadiahkan sebilah kapak kecil (yang saya simpan sampai kini). Ia sebagai simbolik supaya saya jadi isteri yang tabah, cekal dan berani mempertahankan diri dari segala dugaan dan ancaman. Sungguh dalam makna dan nasihat emak ayah kepada saya.


''Jika ada masa saya pergi melancong keluar negara, ke Eropah, Korea dan China atau ke mana sahaja saya teringin. Hati saya tenang di samping anak-anak yang masih menuntut, sebab lepas kahwin saya lambat dapat anak. Kini suami semakin sayangkan saya. Mungkin dia sedar kesilapannya dan merasa rugi kalau ceraikan saya.

''Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan ganjaranNya.


''Kepada ibu bapa yang ada anak perempuan yang akan atau sudah berkahwin titiplah nasihat agar mereka dapat menempuh hidup ini dengan hati terbuka, berani dan cukup bersedia menghadapi masalah rumahtangga.


''Jika ada anak lelaki nasihat mereka supaya jadi suami bertanggungjawab, kerana kebanyakan punca keruntuhan rumahtangga hari ini adalah kerana kaum lelaki tidak tahu jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Allah.

''Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan semasa hayat kita. .


''Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami sendiri.
''Sebaiknya isteri juga mesti mencari keselesaan hidup di dunia dan di akhirat.'' Pesanan Marlisya menutup cerita.


Kie

Drama RTM TV 2 - Makbul (Doa Senjata Mukmin)

Aku suka nonton citer ni. Suami pun suka. Fakhruddin pun suka..nak plak tang lagu Amin...Amin...Amin...Siap goyang2 badan macam beratib jer..


Citer ni banyak menyedarkan kita tentang kebaikan doa, kepentingan doa, adab, hubungan sesama mukmin, pendek kata memang segala sudut ada pengajaran untuk kehidupan kita seharian.
Memang aku tak agak-agak nak bagi full marks. Selain skrip dan lokasi yang menarik. Pelakon2nya pun hebat2. Macam tak berlakon jer. Setiap watak tu macam real jer...dan muka pun memang muka macam orang kampung biasa2 jer. Aku yang memang orang kampung ni rase citer ni dekat jer kat hati. Habis aku promo member opis suh tengok.


Bukan pe..citer ni banyak pengajaran dan sesuai utk ditonton seisi kluarga..daripada nonton citer2 tahyul, citer hiburan nyanyi2, joget2 yang hanya beri kepuasan jiwa dunia sementara nih...chewah, sekali sekala kita penuhkan tuntunan rohani kita untuk hiburan2 yang macam ni.
Drama macam ni, kalo 200 episod pun takper...ada gak pengisiannya. kalo drama indon 300 episod tu..scene terkejut jeng jeng jeng  jer dah makan 100 episod. hahahaha


Tahniah kepada Penerbit, Pengarah, Pelakon2 dan semua yang menjayakan drama ni juga RTM yang menyiarkannya.Lagu tema pun terbaik...


p/s - suka watak Bol.

Muhammad Fakhruddin bin Faezal

Hari ni Muhammad Fakhruddin bin Faezal
yang aku lahirkan satu ketika dulu dah 1 tahun 5 hari.
macam-macam kerenah yang buat aku geram nak peluk n cium bertalu-talu.
sekarang Fakhruddin dah pandai berjalan,
fakhruddin dah tumbuh gigi bawah kat tengah-tengah sebatang
fakhruddin pandai memberontak dan menjerit marah
fakhruddin dah pandai angkat tangan
fakhruddin dah pandai angkat tangan mcm usop welcha
fakhruddin dah pandai menari kalo dengar muzik
fakhruddin dah pandai beratib kalo dengar mengaji atau selawat
fakhruddin beri response suka pada lagu2 maher zain dan lagu 1 Malaysia
fakhruddin dah pandai macam-macam...

fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo buka peti ais
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo nak pasang dvd
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo bentang tilam
fakhruddin akan datang dengan lajunya kalo sebut "..kejar dia.."
fakhruddin akan lentok-lentok kepala kalo sebut "..manje sikit.."
fakhruddin akan diam dan tunggu dipeluk sambil senyum manja kalo sebut "..saaayang dia.." sambil depangkan tangan untuk peluk.

Melembutkan Hati Suami Yang Panas Baran

Surah Thaha, ayat 1-5


Ada isteri yang menghadapi masalah suami panas baran/keras hati.
Amalkan baca Surah Thaha, ayat 1-5. Baca sambil gosok2 belakang suami.
IngsyaAllah hati suami akan lembut dan tidak panas baran.
Boleh juga ditiupkan di air atau makanan supaya anak tidak keras hati atau degil.
Kita berusaha, Allah yang menentukan.

Tahun Baru & Gaya Baru

Tahun baru beserta gaya baru. Fakhruddin kna potong rambut dek ayahnya. 
Tapi baik jer budak Fakhruddin ni masa gunting rambut. Tak menangis pun..cuma tertoleh2 nak tengok mesin. Geli agaknya.

Inilah gaya baru Muhammad Fakhruddin. Minat membaca sudah menyerlah.

 eh...kenapa tu sayang..ibu amik gambar pun terkejut..ooo...patutlah..ibu tak cakap.."senyummm..." asal nak bergambar jer..mesti kna sbut "senyum.." sambil kna senyum skali..=) lepas snap mesti die nk tgk hasilnya kat h/set atau kamera.ohh...anakku sayang.